Pas tak perlu ajar UMNO

Pas tak perlu ajar UMNO

Pas tidak perlu mengajar UMNO bab tahaluf siyasi, kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, UMNO mempunyai pengalaman 66 tahun bersama MCA dan MIC dan tempoh itu cukup lama.



Bahkan Barisan Nasional (BN) masih kekal pada hari ini.

Katanya, Pas dan golongan “No Anwar No DAP” dalam UMNO memainkan isu DAP perlu gugurkan dasar Malaysian Malaysia.

Tetapi katanya, apabila UMNO-Pas tubuh Muafakat Nasional, Pas tidak gugurkan pun ‘Amanat Hadi’ yang jadi punca UMNO dikafirkan oleh ahli ahli totok parti tersebut.

Beliau berkata demikian mengulas amaran Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad kepada UMNO bahawa DAP akan meninggalkan parti itu jika UMNO “tidak mendengar kata”.



“DAP akan sokong kamu selagi kamu boleh ikut apa yang dia nak. Dia akan tinggalkan kamu apabila kamu tak boleh ikut cakap dia,” kata Ahmad dalam Ceramah Perdana sempena Muktamar Pas ke-69.

Mengulas lanjut, Puad berkata, Pas mahu mengajar UMNO agar tinggalkan DAP.

“Kenapa Pas mahu hasut UMNO tinggalkan DAP? Di muktamar kali ini mereka bahas perlunya Pas tingkatkan sokongan bukan Melayu.

Maknanya Gerakan dan sayap Dewan Himpunan Pendukung Pas tidak boleh pakai.



Puad membuat perbandingan Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura yang mengekalkan hak istimewa orang Melayu.

Soalnya adakah Singapura mematuhinya?, tanya Puad.

Sambungnya, sanggupkah Pas menggugurkan nama Islam pada nama parti untuk tingkatkan sokongan bukan Melayu.

Namun Puad percaya Pas ada beribu alasan untuk kekalkannya. MG



Pas tak perlu ajar UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker