Formula terbaharu Rafizi
Formula terbaharu Rafizi
Kerajaan akan meningkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh membantu rakyat membeli dari kedai yang harganya lebih seiring dengan harga purata setempat, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, pihaknya juga sedia maklum beberapa cabaran pengusaha restoran yang berdepan dengan kenaikan kos lain seperti kos pekerja akibat pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
Justeru, pihaknya sedang memperhalusi beberapa langkah bagi membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan kos yang mereka perlu tanggung selama ini.
“Usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama.
“Ada beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan yang mereka tanggung, termasuklah potensi menyebar luas model tenaga kerja sambilan dalam sektor restoran dan kedai makan (F&B).
“Ia adalah sebahagian dari usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang menjadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstruktur kembali ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau akan bertemu dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat mengenai usaha yang boleh diambil bersama.
Tegasnya, pendekatan seperti perbincangan secara dua hala dengan pihak berkepentingan amat penting dalam usaha menangani isu berbangkit.
“Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama oleh kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan,” katanya.
Sementara itu, beliau menyambut baik pandangan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan yang perlu dimainkan kerajaan, peniaga dan pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan serta minuman.
Memetik perangkaan inflasi yang diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini, beliau berkata walaupun inflasi bagi Disember tahun lalu mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus dalam bulan sebelumnya, kategori harga di restoran serta hotel menjadi satu-satunya kategori masih belum mereda.
DOSM merekodkan kenaikan 7.4 peratus pada Disember 2022 berbanding 7.0 peratus pada bulan sebelumnya.
“Pandangan Jawahar adalah selari dengan pandangan kerajaan supaya pengguna peka kepada kenaikan harga makanan dan minuman yang dibeli dan bijak memilih kedai dan restoran yang menawarkan harga yang lebih baik berbanding pesaing-pesaing,” katanya. BH
Formula terbaharu Rafizi
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.