Adakah membunuh diri akan dihukum murtad dan kekal dalam neraka?
Adakah membunuh diri akan dihukum murtad dan kekal dalam neraka?
Di dalam hidup ini hanya ada dua pilihan, pertama, beriman serta beramal soleh lalu Allah beri ganjaran syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Atau kedua, putus asa dan memilih bunuh diri lalu kekal lagi dikekalkan di dalam neraka jahanam.
Inilah balasan bagi yang putus asa dan membunuh diri. Hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Barang siapa menerjunkan diri dari gunung untuk bunuh diri maka dia di neraka jahanam menerjunkan diri di dalamnya kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barang siapa minum racun untuk bunuh diri maka racunnya itu di tangannya dia meminumnya di neraka jahanam kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya.
Dan barang siapa bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu di tangannya dia melukainya dengannya di neraka jahanam kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya.” (HR Muslim).
Dalam memahami hadis ini, ia menjelaskan terdapat banyak pandangan terutamanya tentang ayat, ‘kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya.’ Adakah di situ maksudnya orang yang membunuh diri itu kafir?
Ada ulama berpandangan bahawa ayat itu bukan bermaksud mereka itu orang kafir. Kekal lagi dikekalkan itu bukan bermaksud kekal sampai bila-bila tetapi ia membawa maksud orang yang membunuh diri itu akan duduk di dalam neraka dalam tempoh yang lama.
Ada juga pandangan mengatakan ia adalah untuk menakutkan orang yang hendak membunuh diri. Dan, ulama berpendapat hakikatnya orang yang membunuh diri itu masih lagi Islam dan tidak jatuh kafir kecuali orang yang menghalalkan bunuh diri.
Biasanya apabila kita mengatakan bahawa kekal di dalam neraka adalah orang kafir saja. Selagi orang itu bernama Islam walau sejahat mana pun akan masuk ke syurga juga. Kerana tujuan orang berdosa yang dimasukkan ke dalam neraka adalah untuk membersihkan dosa setelah bersih mereka akan dimasukan ke dalam syurga. Tapi ulama kata, hadis itu untuk menakutkan orang yang hendak membunuh diri.
Berdasarkan satu hadis Rasulullah bersabda,
“Dahulu ada seorang lelaki mengalami luka-luka lalu dia membunuh diri. Allah berfirman, “Hamba Ku ini tergesa-gesa dengan dirinya maka Aku haramkan syurga untuknya.” (HR Bukhari).
Maksud hadis kekal di dalam neraka dan diharamkan syurga adalah ditujukan kepada orang yang menghalalkan bunuh diri. Maksud orang yang menghalalkan bunuh diri adalah mereka tahu bahawa Islam tidak membenarkan bunuh diri tetapi orang yang hendak bunuh diri tetap menafikan bahawa bunuh diri itu suatu perbuatan yang dilarang.
Jika orang itu mengatakan bahawa bunuh diri itu halal dan kemudian ia bunuh diri maka ketika ia mati kerana bunuh diri maka kafirlah dia. Bila begitu maka jenazahnya tidak boleh disembahyangkan. Walaupun orang yang hendak membunuh diri itu mengatakan bahawa membunuh diri adalah untuk menyelesaikan masalah itu pun dikatakan kafir.
Sebaliknya jika seseorang itu bunuh diri kerana kecewa dan tidak membuat penyataan apa-apa tentang bunuh diri walaupun tahu bunuh diri itu salah tetapi gagal mengawal perasaan putus asa lalu terjun ketika itu ulama mengatakan ia masih lagi Islam. Pun begitu, ia masih lagi dikategorikan sebagai melakukan dosa besar.
Ada satu hadis dari Jabir bin Samurah,
“Bahawasanya ada seorang lelaki yang mengalami luka-luka kemudian dia menghampiri tempat anak panah dan melukakan dirinya dengan anak panah tersebut sehingga mati. Maka Nabi s.a.w tidak mahu menyembahyangkannya”. (HR Ibn Hibban).
Di dalam keadaan itu pula jelas perbuatan Nabi s.a.w. tidak menyembahyangkan jenazah itu, kata ulama bukan bermaksud lelaki itu kafir. Namun Nabi tetap menyuruh sahabat menyembahyangkannya.
Tujuan Rasulullah melakukan demikian adalah hendak menunjukkan bahawa bunuh diri itu satu perbuatan yang tidak baik dan antara dosa paling besar selepas syirik. Bersandarkan kepada hadis itu, ulama juga mengatakan bahawa ahli maksiat juga tidak digalakkan untuk meramaikan solat jenazahnya.
Keadaan itu adalah untuk mengelakkan ahli maksiat lain mengatakan bahawa melakukan maksiat itu juga bukanlah satu masalah besar kerana alim ulama pun masih sanggup menyembahyangkan jenazahnya.
Perbuatan itu seolah-olah kita meredhakan perbuatan yang terkutuk itu. Ulama berpendapat bahawa tidak digalakkan solat kepada ahli maksiat dan yang bunuh diri kerana itu untuk memberikan sedikit kegerunan kepada mereka untuk berbuat apa yang Allah larang. Wallahu a’lam Utv
Adakah membunuh diri akan dihukum murtad dan kekal dalam neraka?
Baca Artikel Menarik:
- Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang
- Sidang media Rafizi dijangka panas, rakyat menunggu bila ‘formula’ boleh berjaya
- Kalaulah Hadi kunci mulut
- Lelaki bakar rumah mentua, langgar bekas isteri
- Lelaki warga asing skodeng jiran mandi ditahan polis
- 35 terperangkap di tapak perkhemahan
- Hannah Yeoh maklumkan Allahyarham Abd Rani Osman sahabat sejati
- Nurul Izzah Anwar BerKongsi Berita Pemergian Bayi Dalam Kandungan
- Isu sedekah undi: PAS, rakyat Malaysia bukanlah bodoh
- Tetap Rasuah ‘Sedekah’ Pilihan Raya Kepada Pengundi – Azam Baki
- “Bukan Urusan Saya, Pas Boleh Rujuk SPR – Anwar
- “Saya Tak Pernah Lupa….” Anwar Mahu Tawan Semula Permatang Pauh
- ‘Mana Ada Turun Harga? Harga Barang Apa Yang Turun?’ – Peniaga Kesal Bahan Mentah Masih Mahal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran
Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.