Kahwin di luar negara: Perlu daftar namun tetap akan didenda
Kahwin di luar negara: Perlu daftar namun tetap akan didenda
IPOH – Pasangan yang memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand akan diiktiraf jika mereka mendaftarkan perkahwinan di negeri ini tetapi tetap akan dikenakan denda.
Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tiada masalah jika berkahwin di luar negara cuma perlu didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
“Tiada masalah cuma perlu berdaftar dengan negeri. Dengan erti kata lain, apabila berkahwin di luar negara dan balik ke Perak kena daftarkan dengan JAIPk tetapi akan ada denda yang dikenakan.
“JAIPk akan ikut keputusan Mahkamah Syariah. Kalau Mahkamah Syariah mengesahkan perkahwinan itu berlaku maka didaftarkan dengan denda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Program Teduhan Kasih Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Menurut Saarani, nilai denda yang akan dikenakan adalah mengikut keputusan mahkamah iaitu RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau juga berkata, tiada masalah untuk anak-anak hasil dari perkahwinan di luar negara untuk memohon sijil kelahiran jika perkahwinan ibu dan bapa mereka didaftarkan di negeri ini. K Online
Kahwin di luar negara: Perlu daftar namun tetap akan didenda
Baca Artikel Menarik:
- Tegur menteri tak perlu menerusi media – Anwar
- Alif tak beraksi adegan ‘panas’ filem Pulau
- PM umum tol percuma sempena Tahun Baharu Cina
- Shikin Maembong kongsi kisah jadi isteri kedua, hidup bermadu
- Nur Jazlan sekolahkan Ramasamy
- Rafizi muncul dengan formula urus hutang negara
- Terdesak sangat ke? – Rosyam Nor
- Nur Jazlan menempelak Hasni
- Fawwaz mohon maaf kenyataan ‘kafir ingin jatuhkan Islam’
- Impak keputusan Zahid kekal sebagai Presiden, orang Melayu akan diterjemahkannya dalam PRN
- Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah pagi ini
- Majlis berkhatan bagaikan konsert telan belanja RM856,000
- Model 70-an dipuji netizen kerana gayakan pakaian renang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki
Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan
You must be logged in to post a comment.