CEO dah kena tangkap, bila lagi Muhyiddin nak jumpa SPRM?

Awal bulan ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun berhubung dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan Covid-19 sewaktu pentadbiran terdahulu.

SPRM menahan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta kerana didakwa menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan bawah pakej rangsangan ekonomi antara 2020 dan 2022.

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil secara sinis bertanya bila Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin ingin “bertemu” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isham berkata, rakyat ingin mengetahui tentang dakwaan penyelewengan dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion semasa darurat Covid-19 ketika negara dipimpin ahli parlimen Pagoh itu.



“Saya ingin tanya Muhyiddin, alang-alang sudah balik ke Malaysia setelah berminggu-minggu di London, bila mahu berjumpa SPRM pula?” soalnya.

Sebelum ini, Isham sudah melontarkan pertanyaan di mana Muhyiddin selepas dia dikatakan bercuti di luar negara.

Sebelum itu, tular gambar mirip bekas perdana menteri kelapan yang dikatakan bercuti di London.

Percutian itu dikaitkan dengan  “Langkah London” yang dikatakan merancang usaha untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.



Beberapa pemimpin Umno yang dikaitkan dengan perkara itu seperti Mahdzir Khalid dan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan tuduhan itu.

Muhyiddin menafikan dakwaan menyeleweng dana RM92.5 bilion dan menyifatkannya sebagai “pembohongan maha dahsyat”.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker