Rakaman detik terakhir mangsa pesawat Yeti Airlines

Rakaman detik terakhir mangsa pesawat Yeti Airlines

KATHMANDU – Sebuah video tular di media sosial memaparkan detik terakhir suasana di dalam sebuah penerbangan Yeti Airlines sebelum pesawat itu terhempas dan mengorbankan 68 nyawa, lapor akhbar The Sun semalam.

Dalam rakaman video tersebut, sekumpulan lima rakan didengari ketawa ketika melakukan penstriman live di laman Facebook ketika pesawat tersebut hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal.

Salah seorang penumpang tersebut, Sonu Jaiswal, 29, yang dikatakan dalam perjalanan bersama empat rakannya untuk menikmati percutian aktiviti luncur udara adalah antara yang dilaporkan maut.

Rakaman video tersebut memaparkan Sonu sedang merakam pemandangan di luar tingkap sambil seorang rakannya didengari berkata: “Sangat seronok”.

Pesawat ATR-72 itu mendarat secara normal sebelum skrin video Sonu secara tiba-tiba bertukar menjadi warna jingga dan disusuli dengan bunyi jeritan ketika kabin pesawat dilihat seperti bergegar.

Bunyi hentaman turut didengari sebelum kabin pesawat terbakar.

“Sonu melakukan penstriman live di Facebook selepas berlepas ke Pokhara.

“Penstriman itu memaparkan Sonu dan rakan-rakannya dalam keadaan gembira sebelum api dilihat muncul dan penstriman langsung itu terhenti,” kata sepupu Sonu, Rajat Jaiswal.

Dalam klip video seterusnya, pesawat yang berlepas dari Kathmandu itu kemudian dilihat terbang dalam keadaan terbalik serta hilang kawalan sebelum merempuh gaung di kawasan lapangan terbang Pokhara.
ran klip video kemudian menunjukkan keadaan ketika pesawat terbabit telah terhempas.

Seorang penduduk setempat, Khum Bahadur Chhetri berkata, dia dapat menyaksikan dari bumbung rumahnya ketika pesawat tersebut cuba mendarat.

“Saya melihat pesawat itu terbang ke kiri dan kanan sebelum ia menjunam dan terhempas ke dalam gaung,” ujarnya.

Dalam kejadian tersebut, seramai 72 orang dilaporkan berada di dalam pesawat itu ketika ia terhempas sekitar pukul 10.50 pagi (waktu tempatan).

Laporan awal menyatakan bahawa pesawat terbabit terhempas ketika cuba mendarat dalam keadaan cuaca buruk. K Online

Rakaman detik terakhir mangsa pesawat Yeti Airlines

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker