Resit pesanan persenda Islam, premis piza buat laporan polis

Resit pesanan persenda Islam, premis piza buat laporan polis

Pihak pengurusan sebuah rangkaian restoran piza terkenal membuat laporan polis terhadap satu mesej kontroversi seolah-olah mempersendakan Islam pada resitnya, yang dimasukkan seorang pelanggan di sebuah premis di Pulau Pinang.

Adun Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz berkata dia dimaklumkan mengenainya selepas berjumpa wakil pengurusan di wilayah utara dan penyelia cawangan itu di Sungai Ara malam tadi berikutan isu terbabit tular di media sosial.



“Ramai yang salah faham seperti saya juga pada awalnya yang menyangkakan resit berkenaan dijana oleh juruwang.

“Sebenarnya resit yang diviralkan itu adalah resit order secara ‘online’ dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Beliau berharap dalang di sebalik provokasi membabitkan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) itu ditangkap segera.

“Pihak polis telah pun membuka kertas siasatan dan saya minta masyarakat kekal tenang dan tidak termakan dengan provokasi ini.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan,” katanya.

Insiden semalam menyusul dua kontroversi baru-baru ini berhubung kalimah Allah.



Pada 13 Mac lalu, gambar stokin tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah kedai KK Mart di Bandar Sunway tersebar di media sosial, namun rangkaian kedai serbaneka itu memohon maaf serta-merta.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut murka dan menzahirkan perasaan dukacita terhadap kontroversi itu dan menitahkan tindakan keras diambil terhadap pihak bertanggungjawab. FMT

Resit pesanan persenda Islam, premis piza buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker