29 ular sawa ditangkap dalam longkang di Shah Alam
29 ular sawa ditangkap dalam longkang di Shah Alam
SHAH ALAM: Sejumlah 28 ekor anak ular sawa dan seekor induk ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20 dekat sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.56 malam.
“Didapati 28 anak ular sawa yang dipercayai baru menetas serta seekor induk berada dalam saliran longkang berkenaan.
“Bomba kemudian menangkap semua anak ular serta induknya menggunakan penjerut.
“Anak-anak ular berkenaan dianggarkan sepanjang setengah meter manakala induknya sekitar dua meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi menangkap ular itu mengambil masa 12 minit dan semua tangkapan dilepaskan ke tempat yang selamat. BH
29 ular sawa ditangkap dalam longkang di Shah Alam
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]