Cinta ditolak isteri orang, lelaki bakar kedai telefon

Cinta ditolak isteri orang, lelaki bakar kedai telefon

Kerana berang cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak membakar sebuah kedai telefon di Teluk Intan, Perak tempat wanita itu yang juga isteri orang bekerja.

Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 54 tahun itu dilaporkan datang ke kedai wanita itu yang terletak di Jalan Besar Langkap dan cuba memikat mangsa.



Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak bekerja berang selepas wanita itu enggan melayannya menyebabkan dia mengamuk sehingga mencederakan mangsa dan melemparkan kata-kata berunsur lucah.

“Suspek turut mengugut akan membakar wanita itu dan tempat kerjanya. Kerana takut wanita itu bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan.

“Bagaimanapun, semasa membuat laporan, kedai tempat wanita itu bekerja yang juga milik adiknya dilaporkan terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Adnan berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan bomba dan kejadian itu menyebabkan kerugian kira-kira RM100,000.



“Berdasarkan maklumat daripada saksi di tempat kejadian, polis berjaya menahan suspek yang dilihat menyimbah petrol lalu membakar kedai terbabit.

“Suspek turut mengalami kecederaan melecur di bahagian muka, tangan dan kaki. Suspek yang ditangkap dalam keadaan mabuk dimasukkan ke Wad Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, polis percaya motif kejadian tersebut berpunca akibat perasaan tidak puas hati selepas cinta suspek ditolak oleh wanita itu.

“Suspek sejak beberapa bulan lalu sering datang ke kedai dalam keadaan mabuk dan cuba memikat pengadu tetapi pengadu menolak dengan cara baik kerana sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.



“Suspek direman lima hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Cinta ditolak isteri orang, lelaki bakar kedai telefon

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker