KPM umum kalendar akademik persekolahan 2023-2024 bermula 19 Mac

Sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 akan bermula 19 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan A dan 20 Mac 2023 bagi kumpulan B.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi negeri kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), sesi persekolahan akan berjalan sehingga 9 Mac 2024 manakala Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (kumpulan B) sehingga 10 Mac 2024.

Sebelum ini, KPM menetapkan kalendar akademik sesi 2023/2024 dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi kumpulan A dan 13 Mac 2023 bagi kumpulan B.

“KPM membuat ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan kalendar akademik sesi 2023/2024 supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar,” kata KPM.

KPM turut memaklumkan sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 dikekalkan pada Mac 2023 untuk memastikan kementerian itu mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan, jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Menurut kenyataan itu, KPM mengambil maklum cadangan daripada beberapa pihak untuk mengembalikan permulaan sesi persekolahan ke bulan Januari.

KPM, katanya, berpandangan bahawa perkara itu boleh dilaksanakan dengan memendekkan cuti persekolahan secara berperingkat bermula dari 2023 hingga 2026 dengan pematuhan kepada jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik.

“Namun, mengambil kira kebajikan para guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara, KPM mengambil keputusan untuk menangguhkan cadangan ini bagi meminimumkan impak kepada pihak-pihak berkaitan,” menurut KPM.

KPM juga mengambil kira pelbagai pandangan yang diterima daripada pihak berkepentingan untuk mengelakkan peperiksaan SPM diadakan pada November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.

“Pelaksanaan peperiksaan SPM dalam musim tengkujuh boleh menimbulkan tekanan bukan sahaja bagi guru dan petugas peperiksaan, malah kepada murid dan ibu bapa yang terlibat.

“Apabila SPM diadakan pada Februari atau Mac, tempoh menunggu untuk calon terbabit bagi kemasukan ke universiti juga akan lebih pendek berbanding sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

KPM menjelaskan pihaknya sentiasa melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.

Kalendar akademik sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM menerusi pautan https//www.moe.gov.my/takwim.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker