Mahkamah Persekutuan tetap 15 Mac 2023 dengar permohonan batal rayuan Peguam Diraja

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 15 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan Pendakwa Raya dan tiga lagi bagi membatalkan rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkalan di United Kingdom agar diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam kes jenayah membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Tiga lagi ialah Jabatan Peguam Negara (AGC), Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.

Pada hari sama, mahkamah akan mendengar permohonan Pendakwa Raya untuk mencelah dalam rayuan Laidlaw.

Perkara ini disahkan oleh peguam Badan Peguam Malaysia Annemarie Pravina Vendargon ketika dihubungi Bernama selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron hari ini.



Beliau berkata kedua-dua permohonan akan didengar bersama dan prosiding mahkamah akan dijalankan secara dalam talian melalui Zoom.

Katanya kesemua pihak diarah memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya pada 28 Feb 2023.
Annemarie dan peguam Wan Arfan Wan Othman, yang mewakili Laidlaw, serta Peguam Kanan Persekutuan Noor Atiqah Zainal Abidin yang mewakili AGC serta peguam Lim Sze Han yang menyebut bagi pihak Pendakwa Raya, hadir pada prosiding pengurusan kes hari ini.

Laidlaw telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela pada 21 Julai lepas.

Pendakwa Raya, yang tidak dinamakan sebagai responden dalam rayuan Laidlaw, kemudian memfailkan permohonan untuk mencelah agar dimasukkan sebagai responden keempat atas alasan ia adalah pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi namun telah digugurkan secara unilateral dalam rayuan itu.



Melalui notis usul yang difailkan pada 18 Nov lepas, Pendakwa Raya turut memohon agar rayuan Laidlaw dibatalkan atas alasan ia bersifat akademik dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah serta tidak dapat dipertahan.
Sementara itu, AGC, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur yang dinamakan sebagai responden, turut memfailkan permohonan masing-masing bagi membatalkan rayuan Laidlaw.

Pada 12 Okt lepas, Peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Laidlaw akan mewakili bekas Perdana Menteri itu pada pendengaran semula rayuannya jika permohonan semakan kehakiman beliau dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan

Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas beliau bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lepas.

Permohonan semakan kehakiman Najib telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Persekutuan selama tiga hari bermula pada 19 Jan 2023.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker