Main peranan ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan, Puad beritahu menteri Umno
Main peranan ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan, Puad beritahu menteri Umno
Menteri Umno perlu memainkan peranan sebagai “semak dan imbang” dalam kerajaan perpaduan, tanpa berkompromi dalam sebarang siasatan dakwaan salah laku, kata seorang pemimpin parti.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata ia bukan isu membalas dendam atau salah guna, sebaliknya penggiliran mencari kebenaran, sambil merujuk beberapa kes berprofil tinggi termasuk dakwaan salah laku ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“MKT Umno mesti kekal sebagai pendorong, ‘check and balance’ kepada kerajaan. Tiada kompromi.
“PN tidak boleh bantah. PN mesti terbuka siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan zaman Muhyiddin,” katanya di Facebook.
Pada 5 Dis, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan kira-kira RM530 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin Yassin.
Perdana menteri berkata, beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.
Sementara itu Puad yang juga ADUN Rengit berkata, Umno akan mengadakan mesyuarat MKT malam ini, yang pertama selepas enam pemimpin parti itu menyertai Jemaah Menteri.
Mereka ialah Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan; Setiausaha Agung Zambry Abd Kadir; Naib Presiden Umno Khaled Nordin dan Bendahari BN Selangor Tengku Zafrul Aziz. FMT
Main peranan ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan, Puad beritahu menteri Umno
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j