Dua maut, tujuh cedera kemalangan dua kenderaan

Dua maut, tujuh cedera kemalangan dua kenderaan

KUCHING: Dua maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Paragon Concrete, di, Jalan Batu Kawa di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.24 malam dengan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Mark X dan sebuah Proton Saga.



“Dua mangsa dalam kenderaan Proton Saga tersepit manakala lima mangsa yang lain bersama dua mangsa dari kenderaan Toyota, berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pihak Bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan mangsa terbabit ialah sembilan orang.

“Anggota Bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam Proton Saga menggunakan peralatan penyelamatan.

“Seorang mangsa lelaki tersepit pada tempat duduk pemandu dan seorang lagi pada tempat duduk penumpang bahagian belakang, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 12.23 tengah malam. BH

Dua maut, tujuh cedera kemalangan dua kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker