Wartawan Israel Blur Bila Peminat England Jerit ‘Free Palestine’ Di Siaran Langsung Piala Dunia 2022 [VIDEO]

Wartawan Israel Blur Bila Peminat England Jerit ‘Free Palestine’ Di Siaran Langsung Piala Dunia 2022 [VIDEO]

SEORANG peminat pasukan bola sepak England mengejutkan wartawan sukan Israel, Tal Shorrer apabila menjerit ‘bebaskan Palestin’ semasa ditemubual secara langsung di televisyen.

Pemuda bernama Harry Hatton, 23, berbuat demikian selepas ditemui wartawan berkenaan susulan kemenangan 3-0 antara England menentang Senegal pada Isnin malam.

“England akan menang! Tetapi yang lebih penting, bebaskan Palestin!” katanya dalam video yang tular.



Tindakan Hatton itu kemudiannya mendapat pujian masyarakat dunia yang prihatin dengan kekejaman Israel ke atas Palestin.

Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan Hatton dan rakan-rakannya.

Sementara itu, wartawan Israel berkenaan mendakwa dia dikasari rakyat Palestin dan penyokong Arab lain semasa membuat liputan secara langsung sepanjang kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Saya sangat teruja untuk masuk ke Qatar dengan pasport Israel kerana saya fikir ia akan menjadi pengalaman yang positif.



“Namun ia menyedihkan kerana ramai orang mengutuk dan mengugut kami,” ujarnya.

Terdahulu sebelum Piala Dunia bermula, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa, penyokong Israel dibenarkan melakukan penerbangan dari Tel Aviv terus ke Qatar buat kali pertama, bagi menyaksikan Piala Dunia. – Daily Mail 

Wartawan Israel Blur Bila Peminat England Jerit ‘Free Palestine’ Di Siaran Langsung Piala Dunia 2022 [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker