Rumah bintang England, Raheem Sterling dipecah masuk ketika anak dan isteri ada di dalam

Rumah bintang England, Raheem Sterling dipecah masuk ketika anak dan isteri ada di dalam

RAHEEM Sterling meningkatkan kawalan keselamatan ke atas rumahnya setelah perompak bersenjata menceroboh masuk.

Sterling bergegas pulang ke rumahnya berikutan isteri dan anak-anaknya sedang berada di dalam ketika kejadian.

Pihak polis tempatan akan membuat rondaan ke rumah Sterling sehingga lewat malam untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

Perompak berkemungkinan berani untuk berbuat sedemikian kerana menyangka Sterling dan keluarganya sedang berada di Qatar untuk saingan Piala Dunia 2022.

Selepas kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Senegal, Sterling meminta kebenaran untuk pulang awal.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan adakah Sterling sempat kembali untuk beraksi dalam perlawanan menentang Perancis pada Ahad.

Pengurus England, Gareth Southgate mengatakan apa yang penting ketika ini adalah keluarga Sterling.

“Keutamaan diberikan kepada keluarganya.

“Kami akan memberikan sokongan kepadanya dan berikan sebanyak mungkin masa yang dia perlukan.

“Saya tak mahu letak terlampau banyak tekanan ke atasnya. Adakalanya bola sepak bukan segala-galanya, keluarga perlu didahulukan,” kata Gareth Southgate. – The Sun 

Rumah bintang England, Raheem Sterling dipecah masuk ketika anak dan isteri ada di dalam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker