SPRM siasat dakwaan Muhyiddin beri Umno jutaan ringgit

SPRM siasat dakwaan Muhyiddin beri Umno jutaan ringgit

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berhubung bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin memberi Umno jutaan ringgit bagi membantu parti itu ketika pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.

Menurut sumber, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu dan akan memanggil Muhyiddin serta Annuar untuk disoal siasat.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok pada 21 Nov lalu, Annuar mendakwa Muhyiddin menemuinya di Sabah untuk memberinya “berpuluh juta” ringgit. Ini menimbulkan persoalan di media sosial dari mana datangnya wang itu.



“Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu…tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia beritahu Umno habis duit di Sabah, tak cukup duit. Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu Umno Sabah,” kata Annuar dalam video yang dimuat naik dua hari selepas PRU15.

Dalam video itu, Annuar berkata, dakwaan pengerusi Perikatan Nasional itu mahu “membunuh” Umno “palsu dan rekaan”.

Annuar yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia, antara pemimpin Umno yang digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU15. FMT

SPRM siasat dakwaan Muhyiddin beri Umno jutaan ringgit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker