Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas, telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.
Perkembangan ini adalah hari yang penting untuk syarikat, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik.
“Saya amat gembira untuk menyatakan bahawa hubungan dua hala Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia yang telah lama terjalin dan membuahkan hasil itu telah berkembang menjadi kerjasama antara Petronas dan ADNOC.
“Petronas berbesar hati mendapat peluang ini untuk meneroka dan menilai tenaga bukan konvensional dengan rakan kongsi yang progresif dan berpandangan ke hadapan seperti ADNOC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Tengku Muhammad Taufik dan Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE serta Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan ADNOC Dr Sultan Ahmed Al Jaber.
Ia disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Aziz.
Tengku Muhammad Taufik berkata kerjasama itu memberikan bukti yang kukuh terhadap kepakaran Petronas di Kanada dan Argentina yang telah dibangunkan sejak sedekad lepas.
“Kami berharap dapat membawa pengalaman ini kepada sumber bertaraf dunia di Abu Dhabi. Ia akan turut menyaksikan Petronas meluaskan jejak tenaga bukan konvensional globalnya untuk merangkumi Emiriah Arab Bersatu dalam portfolio sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Al Jaber berkata UAE berbesar hati untuk bekerjasama dengan Petronas dalam konsesi minyak bukan konvensional yang bersejarah ini.
“Anugerah ini membuka lembaran baharu untuk kerjasama tenaga strategik dalam hubungan yang telah lama terjalin antara UAE dan Malaysia serta ia mengukuhkan kedudukan UAE sebagai destinasi pelaburan yang dipercayai,” katanya.
Beliau berkata: “Sebagai antara pengeluar minyak dan gas yang kurang intensif karbon, ADNOC akan terus membuka nilai secara bertanggungjawab daripada sumber hidrokarbon yang luas di Abu Dhabi melalui cara yang mampan dan dipercayai untuk memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dan menyokong keselamatan tenaga global, sejajar dengan hala tuju kepimpinan UAE.
“Oleh itu, kami telah memacu pengurangan risiko untuk sumber minyak bukan konvensional di Abu Dhabi dan berharap untuk membina ini bersama PETRONAS bagi merealisasikan potensi penuh Unconventional Onshore Block 1.”
Petronas akan memegang 100 peratus ekuiti dan pengendalian untuk meneroka dan menilai minyak bukan konvensional di kawasan konsesi itu untuk tempoh sehingga enam tahun.
Selepas fasa penilaian yang berjaya, rakan kongsi boleh memasuki konsesi pengeluaran yang ADNOC mempunyai pilihan untuk memegang 50 peratus kepentingan. FMT
Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
Baca Artikel Menarik:
- Anwar usik Mat Sabu: ‘Telur tak ada’
- BN, UMNO jadi mangsa dendam politik jika tidak sertai kerajaan perpaduan
- Nash sukar bergerak
- PH atau PN tak boleh bentuk kerajaan tanpa BN
- Polis panggil Hadi beri kenyataan
- Kerajaan tidak akan ‘kejar’ Azam Baki – Rafizi
- Isteri curang ditangkap khalwat
- Rafizi pertahan keputusan Anwar jadi Menteri Kewangan
- Melayu dalam Jemaah Menteri Anwar
- PN berebut pula Speaker Dewan Rakyat
- Ramasamy terus persoal hanya satu jawatan menteri kepada kaum India
- PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen
- Aksi bahaya budak berpaut di belakang lori dirakam
- Penyelam lemas ketika mahu pecah rekod dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin
Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat
You must be logged in to post a comment.