Zahid dakwa Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Menurut aporan Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata dia bersama dua lagi pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah tersebut semasa menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pagi tadi.

Ditanya mengenai sikap berkecuali BN seperti yang dinyatakan beberapa pemimpin parti itu, Ahmad Zahid menjawab: “Tak ada, tak ada… Bukan itu titah tuanku,” katanya.



“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” jelasnya lagi.

Selain Ahmad Zahid, turut menghadap Agong ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir. Mereka menghadap kira-kira jam 10.30 pagi.

Agong semalam menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual secara langsung dalam usaha baginda melantik perdana menteri baru Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga saja yang menghadap Agong.



Susulan titah Agong pagi tadi, Ahmad Zahid berkata, titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Berdasarkan surat yang dikeluarkan ibu pejabat parti, mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah



Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker