Lelaki Nepal direman kes bunuh dua pengawal keselamatan

SEREMBAN – Seorang lelaki warga Nepal ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh dua pengawal keselamatan warganegara sama dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Pusat Komersial Oakland di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Nur Haryatie Mohd. Saini di Mahkamah Khas Reman hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Dalam pada itu, Nanda berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Semalam Kosmo! melaporkan dua pegawal keselamatan warga Nepal ditemui maut dipercayai dibunuh oleh rakan senegara dalam kejadian di Pusat Komersial Oakland di sini.

Keadaan kedua-dua mangsa berusia 35 dan 46 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di premis tersebut yang dijadikan kantin pekerja.

Selain itu, terdapat kesan kecederaan hentakan pada bahagian muka mangsa dipercayai dipukul menggunakan penukul yang turut ditemui di lokasi kejadian.



Suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol ditemui bersama dua mangsa dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!




Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker