Majlis Peguam buat tak nampak salah guna kuasa Mahathir, Tommy

Majlis Peguam buat tak nampak salah guna kuasa Mahathir, Tommy

Majlis Peguam dikatakan buat-buat tak nampak dan tidak pernah memberi komen berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, pada 2018 dan 2019, sebanyak dua kali Dr. Mahathir dan Tommy langsung tidak menghiraukan sebarang pilihan dan cadangan lantikan hakim-hakim kanan daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Menurut beliau, semua cadangan JAC ditolak ke tepi oleh Dr. Mahathir dan Tommy pada masa itu.



“JAC cadang sembilan pilihan pada tahun 2018 dan 2019, Dr. Mahathir dan Tommy lantik sembilan orang berlainan pula.

“Antaranya, pada 13 Jun 2018, JAC cadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara.

“Tapi lantikan Dr. Mahathir dan Tommy pula ialah Tan Sri Richard Malanjum yang hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum bersara wajib,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak menambah, pada 18 Mac 2019 pula, JAC cadangkan Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Ketua Hakim Negara untuk menggantikan Richard yang bersara.



“Tapi lantikan Mahathir dan Tommy ialah Tun Tengku Maimun Tuan Mat pula. Jadi apa gunanya JAC jika cadangannya terus ditolak ke tepi?” soalnya.

Semalam, Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah menggesa Akta JAC 2009 dan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memastikan kebebasan badan kehakiman yang lebih luas.

Beliau berkata, kuasa Perdana Menteri dalam proses pelantikan kehakiman bawah akta itu mesti dihapuskan bagi membolehkan suruhanjaya itu menjalankan tugas secara bebas daripada eksekutif.

Dalam perutusan kelmarin, Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Almarhum Tuanku Munawir bertitah, proses pelantikan hakim di Malaysia pada masa ini mempunyai kelemahan dan boleh diperbaiki.



Baginda mencadangkan agar pelantikan lima ahli JAC tidak dibuat oleh Perdana Menteri dan sebaliknya diberikan kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam, Persatuan Undang-undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen. MG

Majlis Peguam buat tak nampak salah guna kuasa Mahathir, Tommy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker