STAR ceraikan Perikatan Nasional

STAR ceraikan Perikatan Nasional

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan menganggap partinya dan Perikatan Nasional (PN) sudah “bercerai” walaupun tiada pengumuman sehingga kini.

Beliau berkata, Biro Politik STAR sudah membincangkan hubungan parti itu dengan PN.

“Itulah jawapannya (mengenai status STAR dalam PN). Kalau kau pergi kiri, saya pergi kanan, itu ertinya kita bercerailah.

“Kita sudah bincang dalam Biro Politik, kita akan umumkan dalam minggu ini, kita kena tunggu dululah keputusan-keputusan semua pihak,” katanya selepas merasmikan persidangan Heart of Borneo Sabah bertajuk “Keperluan pendekatan holistik dan pragmatik mengenai usaha pemuliharaan” di sini.

Jeffrey Kitingan melawat pameran sempena persidangan ‘Heart of Borneo Sabah’ di Kota Kinabalu hari ini.
STAR dan Parti Progresif Sabah (SAPP) merupakan parti komponen PN yang diterajui Muhyiddin Yassin. Dua parti itu turut menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Bersatu, Parti Bersatu Sabah dan Usno.

Gabungan itu kini menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sekali gus mengetepikan PN yang merupakan “rakan” mereka sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Kitingan berkata, Anwar bersetuju melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika pemimpin GRS menemuinya di ibu negara.

“Kami telah bertemu perdana menteri baru-baru ini dan berbincang sama ada Jawatankuasa Kabinet berkaitan MA63 akan diteruskan atau tidak.

“Respons beliau (Anwar) ialah kenapa perlu jawatankuasa dan kenapa tidak laksanakan saja (MA63). Saya kemudian bertanya adakah dia pasti mengenai perkara itu dan dia kata ya.

“Saya harap ianya (pelaksanaan MA63) akan berlaku secepat mungkin kerana kita bukannya mengambil wang dari sesiapa. Ia wang kita dan mereka hanya perlu pulangkan semula, itu saja…sangat ringkas.” FMT

STAR ceraikan Perikatan Nasional


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker