Pasangan rujuk semula selepas 6 tahun bercerai

Gambar Hiasan

Sepasang pengantin dari Temanggung, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana berkahwin buat kali kedua selepas enam tahun bercerai, lapor program berita Liputan6 hari ini

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di platform TikTok, pasangan tersebut dilihat menjalani upacara ijab kabul sambil ditemani anak-anak kandung mereka.

Sebelum bercerai enam tahun lalu, pasangan tersebut dikurniakan empat orang anak perempuan.

“Mereka sudah bercerai enam tahun lalu, namun kembali rujuk dan berkahwin. Kalau jodoh tidak ke mana,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik.



Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Semoga benar-benar menjalankan tanggungjawab dan mahu berubah serta memperbaiki diri. Sejujurnya, ia tidak mudah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Yang paling bahagia adalah anak-anak mereka,” ujar pengguna lain

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker