Feri ke Batam terbakar, 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat

Feri ke Batam terbakar, 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat

SINGAPURA: Bilik enjin sebuah feri penumpang “Queen Star 2” yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

MPA memaklumkan kesemua 62 penumpang, termasuk warga Singapura, Malaysia dan Indonesia, antara lain berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke kapal “Merbau Era” yang dalam perjalanan ke Terminal Feri Harbourfront Singapura.



‘Merbau Era’ kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut MPA dalam satu kenyataan hari ini.

MPA menerima laporan mengenai kejadian pada 12.30 tengah hari waktu tempatan di luar pesisir Pulau Kusu.

Kenyataan itu menjelaskan MPA, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan Pengawal Pantai Polis (PCG) segera mengerah aset mereka untuk memberi bantuan.

MPA turut mengerahkan bot tunda untuk menunda feri berkenaan. Kebakaran berjaya dipadamkan enam anak kapal yang kekal berada di atas feri itu sebelum ketibaan SCDF.



Anggota bomba SCDF juga bertindak memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya.

“Pada masa ini tiada sebarang kecederaan atau pencemaran dilaporkan. MPA telah menempatkan pegawai di Terminal Feri Harbourfront sekiranya mana-mana penumpang memerlukan sokongan,” katanya.

Di samping itu, MPA mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal lain untuk menjauhi lokasi kejadian. FMT

Feri ke Batam terbakar, 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker