Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

 

Bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa, yang sebelum ini lantang menggesa presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berundur, dilihat menukar nada berhubung kerajaan gabungan BN-PH.

Mengulas mengenai pelantikan kabinet, Annuar mengingatkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu memilih wakil Umno menganggotai kabinet berdasarkan hirarki parti.

Jelasnya, Umno tidak seharusnya dipandang enteng dan keputusan Umno menyertai kerajaan perpaduan harus dihormati bukan saja oleh ahli gabungannya, tetapi juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Umno melalui keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah membuat keputusan tuntas menyertai kerajaan perpaduan ini. Ia keputusan parti yang wajar dihormati, bukan saja oleh ahlinya tetapi juga oleh Anwar yang mengetuai kerajaan perpaduan.

“Umno tidak harus dipandang enteng atau ‘to be taken for granted‘. Umno juga tidak harus diterima separuh separuh. Umpama semangkuk gulai, jangan kuah diambil tapi isi nak dibuang.

“Justeru, pemilihan wakil Umno dalam kerajaan wajar mengikut keutamaan hirarki partinya dan dengan redha kepimpinannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Anwar dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas mendapat sokongan BN, GPS, GRS serta Warisan bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Selepas pembentukan kerajaan perpaduan, tumpuan kini terarah kepada pembentukan barisan anggota Kabinet.

Nama Ahmad Zahid dispekulasikan sebagai calon timbalan perdana menteri daripada Umno.

Annuar yang juga bekas ahli Parlimen Ketereh, sebelum ini antara pemimpin Umno yang lantang mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan selepas PRU ke-15 yang menyaksikan keputusan terburuk BN.

Annuar juga lantang mengkritik Ahmad Zahid yang membawa BN bekerjasama dengan PH.

Sementara itu, dalam kenyataan sama hari ini, Annuar menyatakan keyakinan perdana menteri mampu menyelesaikan pemilihan anggota kabinet dengan baik.

“Yang penting perdana menteri perlu mempunyai pasukan berkerja yang mantap dan berwibawa.

“Rakyat menanti sesuatu yang baik untuk semua. Sudah lama rakyat menanti,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker