Sakit hati dipaksa cari kerja punca anak racun keluarga sendiri

Polis menjalankan siasatan di sebuah rumah susulan penemuan mayat tiga sekeluarga yang maut akibat diracun di Magelang, jawa Tengah. – Kompas/Ika Fitriana

JAKARTA – Seorang wanita di Magelang, Jawa Tengah ditahan kerana membunuh keluarganya sendiri di rumah mereka semalam, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia hari ini.

Identiti tiga mangsa itu telah dikenal pasti sebagai Abas Ahar (58), Heri Riyani (54) dan Dhea Chairunisa (25).

Kejadian itu didedahkan oleh orang ramai yang membuat laporan polis. Suspek, Dhio Daffa Syadilla, 22, yang merupakan anak kedua dari keluarga itu kemudian ditahan.

Hasil siasatan mendapati pelaku nekad membunuh keluarganya kerana sakit hati akibat sering dipaksa mencari kerja.



“Dia mengaku berasa sakit hati kerana tidak pernah diberi perhatian oleh keluarga. Sejak kebelakangan ini dia sering disuruh mencari kerja.

“Oleh kerana berasa tidak selesa, dia nekad membunuh ibu, bapa dan kakaknya,” kata Pengarah Siasatan Jenayah Umum Daerah Jawa Tengah, Djuhandani Raharjo Puro.

Pelaku terlebih dahulu membeli racun secara online. Hasil bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapati racun yang digunakan oleh pelaku diklasifikasikan sebagai ‘ganas’ dan boleh membawa maut kepada manusia.

Ketiga-tiga mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah akibat meminum racun itu.



Ketua Pejabat Kesihatan Polis Wilayah Jawa Tengah, Sumy Hastry turut berkata, tekak dan perut mangsa melecur.

Hastry berkata, pelaku mencampur racun itu ke dalam air teh dan kopi mangsa dalam kuantiti yang banyak.

“Kalau dilihat pada luka, dos yang digunakan agak banyak. Boleh sampai 2 hingga 3 sudu kecil. Nampaknya racun itu tidak mengubah warna dan rasa teh dan kopi itu,” katanya.

Bagaimanapun, Hastry tidak dapat mengesahkan jenis racun yang digunakan oleh pelaku sama ada racun tikus atau sianida. Buat masa ini, pasukan Makmal Forensik masih melakukan pemeriksaan. – Agensi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker