Dikerah jadi buruh paksa, 40 pekerja berenang pulang ke Vietnam

Dikerah jadi buruh paksa, 40 pekerja berenang pulang ke Vietnam

PHNOM PENH: Kira-kira 40 pekerja warga Vietnam yang melarikan diri akibat mendakwa dijadikan buruh paksa di sebuah kasino di Kemboja, berenang merentasi sempadan untuk pulang ke negara asal mereka.

Lapor Bangkok Post, pekerja melarikan diri dari Kasino Hiburan Golden Phoenix yang terletak di wilayah sempadan Kandal di Kemboja.



Pekerja berkenaan dilaporkan melarikan diri melepasi kawalan keselamatan dan berenang melalui sungai untuk sampai di Vietnam.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Kemboja, sekumpulan pekerja Vietnam itu mendakwa mereka dipaksa bekerja tanpa gaji dan diperdaya oleh pengurusan kasino supaya bekerja selama 14 jam sehari tanpa pampasan.

“Pekerja ini mungkin berada di sini bekerja secara haram, mereka diperdaya untuk dibayar gaji tetapi tidak mendapat apa-apa seperti dijanjikan.

“Jadi, mereka pulang semula ke Vietnam kerana tidak mencapai kata sepakat,” jelas kementerian tersebut.



Seramai lima wanita dan 35 lelaki ‘mendapat kebebasan’ selepas tiba di negara asal mereka dan turut menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mereka menggambarkan detik-detik melarikan diri dari Kemboja sebagai suatu pengalaman yang mengerikan.

Seorang pekerja berusia 20 tahun mendakwa pengawal keselamatan memukul mereka dengan kayu besi dan belantan ketika melarikan diri.

Katanya, mereka kemudian melompat ke dalam Sungai Binh Di yang berukuran 70 meter lebar di lokasi paling sempit.



Dia turut mendakwa seorang pekerja hanyut dibawa arus semasa berenang dan masih hilang setakat ini.

Sementara itu, polis Kemboja menahan seorang pengurus di kasino dan melancarkan siasatan penuh ke atas kejadian itu. Utusan

Dikerah jadi buruh paksa, 40 pekerja berenang pulang ke Vietnam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker