Ahmad Maslan Adakan Program Dialog Bersama, Jawab Isu Semasa Secara Berdepan
Ahmad Maslan Adakan Program Dialog Bersama, Jawab Isu Semasa Secara Berdepan
Pelbagai perkara melingkari kehidupan masyarakat khususnya membabitkan isu-isu semasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 termasuklah pembentukan kerajaan yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian telah mengadakan Program Dialog Bersama Ahli Parlimen dengan melibatkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam acara berbeza iaitu DUN Benut dan DUN Pulai Sebatang semalam.
“Dialog secara terbuka menjawab isu-isu semasa secara berdepan untuk memberi penjelasan kepada pimpinan akar umbi dan wakil-wakil masyarakat,” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya.
Dalam hal ini beliau menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua yang hadir.
“Terima kasih kepada semua yang hadir dan bertanya soalan-soalan,” katanya lagi.
Dalam PRU15, Ahmad mengekalkan kemenangan BN di Parlimen Pontian dengan majoriti 5,758 undi.
Ahmad yang juga penyandang kerusi itu sejak tiga penggal lalu meraih 23,201 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Isa Ab Hamid yang meraih 17,443.
Calon Pakatan Harapan (PH), Shazwan Zdainal pula meraih 15,901 undi, manakala calon PEJUANG, Jamaludin Mohamad, pula meraih hanya 306 undi. Umno Online
Ahmad Maslan Adakan Program Dialog Bersama, Jawab Isu Semasa Secara Berdepan
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan