Pekerja J&T curi duit syarikat buat beli rumah
Pekerja J&T curi duit syarikat buat beli rumah
Seorang pekerja kurier J&T Express dilaporkan membawa lari duit syarikat itu sebanyak 531 juta rupiah (RM151,583).
Selepas mencuri duit tersebut, pekerja terbabit didakwa menggunakannya untuk membeli rumah kos rendah di Bekasi, Jawa Barat.
Jurucakap polis Metro Jakarta Barat, Avrilendy mengesahkan laporan tersebut dan menyatakan suspek dipercayai tidak menghabiskan duit tersebut.
“Sebahagiannya juga digunakan untuk membeli perabot untuk diletakkan di rumah baharunya.
“Duit yang dicuri suspek merupakan hasil keuntungan pejabat cawangan yang akan dihanter ke pejabat utama J&T Express,” katanya.
Jelas Avrilendy, suspek ditugaskan untuk membawa duit tersebut ke ibu pejabat J&T pada minggu lalu sebelum membawanya lari.
Suspek kemudiannya melarikan diri ke Bekasi, namun sudah ditahan polis kelmarin.
“Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia sempat membeli rumah dan sejumlah perabot menggunakan duit berkenaan,” ujar Avrilendy.
Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama lima tahun. Utusan
Pekerja J&T curi duit syarikat buat beli rumah
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.