Sekarang atasi rekod itu – TMJ

Sekarang atasi rekod itu – TMJ

Kejayaan menjulang Piala Malaysia 2022 bukan sahaja melengkapkan sejarah baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan trebel buat kali pertama.

Malah, kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC di pentas final Piala Malaysia, malam tadi menyaksikan skuad Harimau Selatan mencipta rekod pasukan paling kebal apabila tidak tewas dalam semua pertandingan domestik sepanjang musim ini.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan mencabar pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang lain untuk mengatasi rekod kebal yang dilakar skuad Harimau Selatan itu.



“Tidak tewas dalam semua kejohanan domestik musim ini. Sekarang…atasi rekod itu,” tulis Tunku Ismail di laman Instagram (InstaStory) miliknya selepas JDT menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga, semalam.

Piala Malaysia menjadi pelengkap kejuaraan treble buat JDT selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan sejak 2014 selain turut menjuarai Piala FA musim ini.

Gelaran juara Piala Malaysia itu juga menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio muncul pasukan pertama memenangi empat trofi dalam satu musim termasuk Piala Sumbangsih.

Selain itu, ia juga menyaksikan JDT menyapu bersih semua trofi pertandingan bola sepak tempatan musim ini apabila JDT II memenangi gelaran Liga Perdana 2022.



Kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia kali ketiga selepas 2017 dan 2019 itu turut mendapat perhatian daripada bekas pemain Portugal dan Real Madrid, Luis Figo.

Menerusi ruangan InstaStory miliknya, Figo menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Ismail dan gembira dengan kejayaan yang dicapai Harimau Selatan. FMT

Sekarang atasi rekod itu – TMJ


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker