Jurulatih nafi skuad bola sepak Arab Saudi dapat Rolls-Royce

Jurulatih nafi skuad bola sepak Arab Saudi dapat Rolls-Royce

DOHA – Ketua Jurulatih, Herve Renard dan penyerang skuad bola sepak Arab Saudi, Saleh Alshehri semalam menyatakan berita yang menyatakan bahawa setiap anggota pasukan itu akan mendapat kereta mewah Rolls-Royce Phantom selepas berjaya menewaskan Argentina 2-1 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan C Piala Dunia sebelum ini adalah tidak benar.

Menurut portal CBS Sports, Renard pada sidang akhbar sebelum perlawanan kedua menentang Poland semalam berkata: “Kami masih perlu mendapat perlawanan yang sangat penting. Tiada apa-apa yang benar tentang komen itu (hadiah kereta mewah tersebut).”

Pada sidang media yang sama, Alshehri ditanya oleh seorang wartawan mengenai kereta Rolls-Royce yang didakwa akan diperolehnya dan warna yang dipilihnya untuk kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, pemain itu berkata, khabar angin tentang kereta mewah itu adalah tidak benar.

Berita tentang pasukan bola sepak Arab Saudi akan menerima Rolls-Royce itu pertama kali muncul daripada ciapan di Twitter yang disiarkan dalam minggu ini oleh seorang doktor gigi Pakistan yang menerima ratusan tanda suka selepas ia berjaya menewaskan Argentina pada Selasa lalu.

“MBS telah mengumumkan Rolls Royce Phantom kepada setiap ahli pasukan setelah mengalahkan ARG (Argentina),” ciap doktor gigi itu di Twitter.

MBS adalah singkatan nama untuk Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Harga sebuah kereta Rolls-Royce Phantom itu bermula pada harga AS$460,000 (RM2.06 juta). K Online

Jurulatih nafi skuad bola sepak Arab Saudi dapat Rolls-Royce


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker