Mahathir harap 4,566 pengundinya tidak malu

Mahathir harap 4,566 pengundinya tidak malu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada 4,566 pengundi yang menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk tidak malu dengan tindakan mereka.

Menerusi hantaran di aplikasi Twitternya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu telah menghantar sepucuk surat kepada kesemua pengundinya itu dengan ucapan terima kasih kerana tampil berani memberi undi terhadapnya pada PRU15 lalu.



“Walaupun saya tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya berasa sangat berbesar hari kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA.

“Diatas keberanian ini, sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana mengundi saya,” katanya.

Beliau juga berkata walaupun tidak meraih undi yang banyak namun ia tidak bermaksud perjuangan yang dibawa tidak benar malahan, berikutan berpegang kepada prinsip pejuangan itu kadang-kala dipinggirkan.

“Saya harap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita,” katanya. K Online



Mahathir harap 4,566 pengundinya tidak malu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker