Suami isteri didakwa simpan mayat bayi dalam bekas kimci

Suami isteri didakwa simpan mayat bayi dalam bekas kimci

SEOUL – Sepasang suami isteri di Korea Selatan ditahan kerana disyaki menyembunyikan mayat bayi perempuan mereka di dalam sebuah bekas kimci yang kecil selama tiga tahun di bandar Pocheon, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bayi itu meninggal dunia pada usia 15 bulan tetapi ibu bapanya tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kematiannya.

Perbuatan itu hanya disedari kerana mereka didapati gagal mendaftarkan bayi itu dalam senarai kemasukan ke prasekolah.

Anak mereka juga didapati kurang menjalani pemeriksaan doktor sehingga mencetuskan curiga dan menyebabkan pihak berkuasa tempatan bertindak.

Namun selepas ditahan, si ibu menafikan bahawa anaknya itu telah meninggal dunia, sebaliknya mendakwa dia ditinggalkan di jalanan.

Si bapa yang berusia 29 tahun itu pula ditahan selama dua hari selepas para penyiasat menemui mayat anaknya itu di dalam bekas kimci yang hanya berukuran 34 sentimeter (sm) panjang, 24 sm lebar dan 17 sm tinggi. K Online

Suami isteri didakwa simpan mayat bayi dalam bekas kimci


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker