Bersatu ‘ada duit’, undi Melayu pecah untungkan PAS – Kadir

Bersatu ‘ada duit’, undi Melayu pecah untungkan PAS – Kadir

Sikap PAS yang dianggap “ketepi prinsip moral”, pragmatik dan oportunistik menjadikan parti itu akhirnya muncul parti Melayu terbesar memenangi kerusi, namun masih gagal menjadi kerajaan, kata wartawan veteran, Kadir Jasin.

Katanya, kesan daripada persaingan hebat untuk mendapatkan undi Melayu, PAS berjaya menang 49 kerusi.

Beliau berkata, parti itu hingga ke saat akhir penentuan pakatan pilihan raya masih bermain “kayu tiga” dengan Bersatu dan Umno, bagaimanapun memilih bersama parti dipimpin Muhyiddin Yassin menerusi Perikatan Nasional (PN) kerana “kurang bermasalah” dan ada “sumber kewangan”.

“Ada orang kata, PAS pandai strategi pilihan raya. Saya kata, PAS adalah ‘unscrupulous’ (ketepi prinsip moral) dan pada masa yang sama, pragmatik dan oportunistik. Boleh kata tidak ada parti yang PAS tidak memadu cinta berahi dalam sejarah kewujudannya – dengan BN zaman Almarhum Tun Abdul Razak, Semangat 46, PKR dan DAP.

“Namun, tidak semua yang PAS rancang dan diidamkan berlaku. Walaupun menang besar, tetapi rakan-rakan kongsinya gagal. Lantas matlamat mencapai kemenangan mutlak atau setidak-tidaknya kerusi terbanyak gagal dicapai. PN menang 73 kerusi mengekori PH dengan 82,” katanya dalam Facebook.

Dalam pada itu, membalas komen daripada pengguna lain, Kadir juga menyatakan PAS sebagai parti yang berani membuat “eksperimen”.

Kadir ketika mengulas lanjut, berkata PAS membuat pilihan tepat apabila memilih Bersatu dengan mencipta sejarah menjadi parti terbesar dalam Dewan Rakyat.

“PAS bertanding di 70 kerusi Parlimen dan menang 49, menjadi parti terbesar dalam Dewan Rakyat. Satu sejarah. Bersatu bertanding 80 kerusi, menang 24 saja – lebih kurang senasib dengan Umno yang bertanding 120, menang 26. PAS menjadi lebih besar dan berpengaruh daripada Bersatu,” katanya.

Katanya, tindakan PN menolak saranan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama PH menjadikan parti itu sebagai pembangkang.

“Namun, ada kebaikannya. PAS dan Bersatu sebagai pembangkang boleh jalankan peranan semak imbang. Kita pun tidak mahu kerajaan perpaduan ini menjadi kerajaan yang sombong dan meragukan,” katanya. FMT

Bersatu ‘ada duit’, undi Melayu pecah untungkan PAS – Kadir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker