Ayah dan bayi berusia 11 bulan maut dalam nahas tiga kenderaan

IPOH: Seorang lelaki bersama bayinya maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Kangsar dekat Klebang Restu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.21 pagi tadi, Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26, maut di tempat kejadian manakala bayi perempuannya yang berusia 11 bulan, Naura Adleena, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata nahas membabitkan kereta Proton Saga dinaiki dua beranak itu dengan kereta jenis Mercedes Benz dan Perodua Alza.

Yahaya berkata, pemandu Proton Saga dikatakan keluar simpang untuk melintas jalan sebelum dirempuh Mercedes Benz dari arah Sungai Siput menghala Ipoh.

Katanya, rempuhan menyebabkan Proton Saga berkenaan terbabas sebelum merempuh Perodua Alza yang berada di susur kiri jalan dari arah Jalan Klebang Restu.

“Pemandu Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi perempuannya di tempat duduk penumpang cedera parah dan disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Mangsa lain yang terbabit dalam nahas ini tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Yahaya meminta saksi kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Shahrul Rizwan Wan Ali, di talian 013-6218531 atau tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker