Penduduk terpaksa minum air sungai untuk bertahan hidup

KIEV  – Penduduk tempatan Ukraine yang sudah lama menderita di bandar Kherson dan baru mengecapi kebebasan selepas tentera Russia berundur, terpaksa minum air Sungai Dnipro untuk terus hidup, lapor akhbar The Sun semalam.

Mereka memberanikan diri meredah bedilan peluru berpandu dan mortar untuk mengisi air di laluan yang menandakan sempadan rantau yang dikuasai tentera Ukraine.

Bekalan air gagal disalurkan pada 9 November lalu apabila stesen pam menjadi sasaran bedilan Russia.



Dua hari kemudian, tentera Moscow meninggalkan bandar itu selepas meletupkan menara televisyen dan memusnahkan Jambatan Antonovsky untuk memperlahankan kemaraan tentera Ukraine.

Berpuluh-puluh ribu askar berundur ke tebing timur Sungai Dnipro selepas Menteri Pertahanan Sergei Shoigu mengarahkan pengunduran tentera Russia. Ia berikutan komandernya memaklumkan bahawa mereka tidak lagi dapat meneruskan bekalan kepada pasukan tentera berkenaan.

Penduduk Kherson, Larisa, 59, dan suaminya, Oleg, 63, adalah antara yang pergi ke Sungai Dnipro untuk mendapatkan air.

Larisa menegaskan bahawa kesusahan yang mereka hadapi adalah harga kecil yang perlu dibayar untuk mendapatkan kebebasan.



“Perkara paling teruk apabila tentera Russia berada di sini ialah kami tidak mempunyai perasaan bebas. Sukar bagi kami untuk mempercayai bahawa dalam dunia moden, satu tempat boleh ditakluki oleh pihak yang lain.

“Kami cuba untuk tidak memprovokasi tentera. Kami keluar bersama dan mengelak jalan utama,” kata Larisa.

Oleg berkata: “Sepanjang masa kami tertekan. Askar Russia sentiasa mencari, memeriksa dan merompak.”

Turut berada di sungai itu ialah seorang anggota paramedik, Lena yang mengambil kira-kira 70 liter air sehari untuk kakitangan di stesen ambulans bagi tujuan memasak, mencuci dan mengepam tandas. – Agensi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO



UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker