Polis Kedah cari Edin, Jat Perre

Polis Kedah cari Edin, Jat Perre

Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan antara dua kumpulan penyokong politik di kawasan Dataran Zero, Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Mereka ialah Shahrul Haizat Abdul Rozak, 35, atau dikenali sebagai Jat Perre dan Mohd. Iedir Mohamed, 43, atau Edin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, setakat ini pihaknya telah menahan enam lelaki yang terlibat dalam pergaduhan kira-kira pukul 2.15 pagi itu.



Kesemua mereka berusia 20 hingga 29 tahun itu ditahan di Jalan Lagenda Height di sini pada pukul 2 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan berlaku disebabkan pertembungan dua kumpulan penyokong parti berlainan ketika memasang bendera.

“Pergaduhan berlaku apabila bendera yang sedang dipasang terkena tubuh salah serong penyokong parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 9(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 1954).



Mengulas lanjut, Wan Hassan berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan dua lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Kita sudah kenal pasti identiti mereka dan usaha mengesan sedang dilakukan,” ujarnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Firdaus Mohd Nasir di talian 04 429 9222 atau 012 351 7317.

Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut sehingga boleh menganggu ketenteraman awam. MG



Polis Kedah cari Edin, Jat Perre


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker