Zamani kini tinggal sebatang kara

Zamani kini tinggal sebatang kara

Penyanyi bersuara lunak merdu, Zamani Ibrahim, 51, tiada lagi tempat menumpang kasih dan berkongsi suka duka. Bagaikan hidup sebatang kara, satu demi satu adik-beradik tersayang pergi menghadap Ilahi.

Selepas dua tahun pemergian kakaknya yang juga ibu penyanyi rap, Zynakal, Allahyarham Zuraidah Ibrahim akibat komplikasi buah pinggang, sekali lagi penyanyi lagu Mentari Muncul Lagi dan Syair Si Pari-Pari itu berdepan kehilangan saudara kandung yang rapat dengannya.



Abang Zamani, Zulfazil Ibrahim, 57, menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang di Hospital Sungai Buloh, Jumaat lalu.

Dalam keadaan belum sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit Scoliosis dan masih menjalani sesi fisioterapi, Zamani sugul menerima berita pemergian satu-satunya saudara kandung yang masih ada.

Difahamkan, arwah Zulfazil sempat menziarahi Zamani sebelum menjalani pembedahan, sebelum ‘pejam mata’ buat selama-lamanya.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Facebook, Zamani mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan rawatan dan pengebumian jenazah arwah.



Zamani turut berkongsi majlis pengebumian yang disempurnakan, pagi kelmarin.

“Seperti dimaklumkan, abang saya, Zulfazil meninggal dunia, jam 10.20 malam pada 18 November lalu.

“Dengan berkat doa, urusan pengebumian arwah dilaksanakan dengan sempurna di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Subang.

“Saya mewakili keluarga arwah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan rawatan dan pengebumian.



“Kepada pihak Hospital Sungai Buloh, ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, tak lupa juga kepada kenalan dan peminat yang mendoakan arwah dan kemudahan untuk kami sekeluarga.

“Semoga Allah merahmati anda semua,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zamani meminta sekiranya sesiapa mempunyai urusan tertangguh dengan arwah boleh menghubunginya atau waris.

“Jika ada urusan arwah masih tertangguh dengan mana-mana pihak, saya dengan rendah hati meminta anda memaklumkan kepada saya atau anak sulung arwah, Aqmal Iqram Zulfazil.



“Mohon maafkan segala salah silap ketika hidupnya dan halalkan pemberian kepadanya, zahir dan batin.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah, doa untuk arwah dan semua yang terlebih dahulu meninggalkan kita,” tulisnya.

Terdahulu, jenazah arwah Zulfazil selamat dikebumikan di Kampung Melayu Subang, jam 10.30 pagi, kelmarin. BH

Zamani kini tinggal sebatang kara




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker