Budak merajuk lari ke hutan ditemukan selamat

Budak merajuk lari ke hutan ditemukan selamat

Kota Belud: Kanak-kanak perempuan 11 tahun yang melarikan diri ke hutan di Kampung Dudar di sini, semalam, ditemukan selamat.

Aliesah Aslan, ditemukan penduduk kampung, sejauh 400 meter dari kediamannya tanpa sebarang kecederaan, kira-kira 9.30 malam.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, pada 7.54 pagi semalam.

Katanya, 13 anggota termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bergegas ke lokasi dengan satu kenderaan utiliti pacuan empat roda dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Selepas memastikan tiada kecederaan serius, mangsa seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga.”

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan 10.30 malam,” katanya dihubungi, hari ini.



Terdahulu, berlaku perselisihan faham antara kanak-kanak itu dengan ahli keluarganya pada Ahad lalu.

Akibatnya, kanak-kanak yang merajuk itu terbabit keluar dari rumah dan kembali pada 3.30 pagi semalam, sebelum melarikan diri semula ke hutan sebaik mendapati terdapat ahli keluarga lain di rumahnya.

Operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. HM

Budak merajuk lari ke hutan ditemukan selamat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul



Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila



Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker