Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
SUNGAI PETANI – Sepasang kekasih yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan antara empat pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di sini awal pagi ini.
Pasangan penuntut dalam bidang pergigian berusia lingkungan 20-an itu
dicekup dalam operasi khas mencegah mungkar bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi tadi.
Operasi dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda hasil maklumat orang awam dan risikan.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik hotel di Bakar Arang selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.
“Kita terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel untuk membuka bilik itu selepas 30 minit memujuk mereka.
“Pasangan terbabit memberi alasan lewat membuka pintu kerana sedang bersiap untuk balik ke asrama penginapan selepas selesai berbincang tugasan universiti di dalam bilik itu,” katanya di sini hari ini.
Penuntut perempuan berasal dari Taiping, Perak dan pasangannya dari Selangor kemudian ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana berkhalwat. K Online
Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka