Harga tiket final Piala Malaysia di Bukit Jalil kekal

PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi menjadi pilihan venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pada 26 November depan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut memutuskan untuk mengekalkan harga tiket final edisi ke-96 kejohanan.

Menurut MFL, pemilihan SNBJ adalah venue neutral paling sesuai atas beberapa faktor iaitu keadaan padang, kapasiti stadium, penyiaran, akses pengangkutan awam, kemudahan dan ruang yang luas bagi aktiviti penaja serta keselesaan dan keselamatan penonton.

SNBJ dipilih selepas delegasi MFL melakukan tinjauan dan pemeriksaan keadaan padang serta kemudahan-kemudahan bersama wakil Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) semalam.

SELEPAS cemerlang menjadi venue final Piala FA, Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Malaysia. 

“Kami gembira untuk menganjurkan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan akhir Piala FA berjalan lancar serta meriah dengan kehadiran lebih 84,000 penyokong.

“Kita juga sedia maklum, Stadium Nasional Bukit Jalil adalah gelanggang yang boleh menampung kapasiti penyokong yang ramai dengan fasiliti terbaik jadi kami percaya ini akan memberikan keselesaan dan keselamatan buat penyokong yang hadir.

“Selain itu antara yang turut dititikberatkan adalah kualiti padang dan saya percaya dengan pengalaman PSM dalam mengendalikan final sebelum ini, mereka akan membuat persiapan rapi dalam aspek penjagaan padang menjelang final pada 26 November ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Sementara itu, Stuart berkata, meskipun berdepan peningkatan kos penganjuran, namun harga tiket tahun ini dikekalkan seperti perlawanan akhir Piala FA pada 10 September lalu dengan tempat duduk terbuka RM50 dan RM70, Premium Grandstand RM150 serta VIP Grandstand RM200.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker