Hilang lebih 7 hari, pendaki wanita ditemui masih bernyawa

Pegawai Perkhidmatan Taman Negara memaklumkan bahawa seorang wanita ditemui di Taman Negara Big Bend, barat daya negeri Texas selepas dia hilang selama lebih seminggu, lapor saluran berita Fox News semalam.

“Pendaki itu berjaya ditemui. Dia dalam perjalanan ke hospital di Odessa,” kata jurucakap taman negara, Tom VandenBerg.

Christy Perry, 25, menyewa sebuah kenderaan di Midland pada 8 November lalu dan meletakkan kereta di Lost Mine Trailhead pada keesokan harinya, demikian menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS).



Perry dilaporkan hilang selepas dia tidak hadir untuk mengesahkan tempahannya pada 9 November lalu di tapak perkhemahan di taman itu.

Lost Mine Trailhead ditutup Khamis lalu ketika pihak berkuasa mencari Perry.

Mereka meminta pejalan kaki lain yang mungkin melihat Perry di laluan itu antara 8 November dan 9 November untuk menghubungi pihak berkuasa. – AGENSI

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker