Sentimen kaum dimainkan agar Melayu takut?

Sentimen kaum dimainkan agar Melayu takut?

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa negara ini akan dikuasai oleh golongan bukan Islam sekiranya kaum Melayu tidak mempunyai kesedaran politik.

Bercakap pada program Dialog Ulama: Negarawan bertajuk Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini di Kuala Lumpur malam tadi, Hadi berkata bahawa kedudukan politik sangat penting bagi masyarakat Melayu di negara ini.



“(Selepas PRU15)… saya jumpa Tun Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) walaupun di luarnya nampak berbalah tapi di belakang baik bincang-bincang.

“Dia jemput saya datang ke rumah dia, saya pergi. Dia sangat runsing melihat pilihan raya baru-baru ini.

“Walaupun, Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan mendapat undi Melayu dan orang Islam paling besar, Pakatan Harapan (PH) dapat undi bukan Islam (menubuhkan kerajaan).

“Peratus bukan Islam yang keluar mengundi 98 peratus. Peratus orang Melayu yang keluar mengundi 68 peratus. Ia sangat membimbangkan,” katanya.



Sejak PRU15 lalu, Hadi giat menjaja teori “peratusan Melayu keluar mengundi rendah”. Dia pada awalnya mendakwa peratusan keluar mengundi orang Melayu adalah “sekitar 60 peratus”.

Peratusan keseluruhan sebenar bagi PRU15 adalah 74.04 peratus – satu pencapaian yang luar biasa memandangkan senarai pemilih telah bertambah sebanyak 41.72 peratus sejak pilihan raya 2018.

Antara yang mempertikaikan perangkaan Hadi adalah penyelidik Bridget Welsh. Kajiannya mendapati bahawa peratusan keluar mengundi Melayu adalah yang terbaik dengan sebanyak 79 peratus.

Welsh juga mendakwa kajiannya menunjukkan hanya 54 peratus pengundi Melayu yang mengundi PN.



Dalam pada itu, ahli Parlimen Marang itu, berkata masyarakat Melayu perlu menyedari tentang kepentingan untuk keluar mengundi.

“Tapi, orang kita masih pandang buat umrah sunat lebih afdal daripada (keluar) mengundi.

“Kalau macam ini negeri kita akan dikuasai oleh orang (bukan Islam) akan datang ini. Bahaya yang kita tak sedar, perlunya pilihan raya, perlunya politik,” katanya.

Pada PRU yang lalu, gabungan PN diterajui dua parti besar PAS dan Bersatu menang 74 kerusi berbanding PH 82 dan BN 30.



Walaupun, gagal menubuhkan kerajaan, PN menguasai sebahagaian besar kawasan majoriti Melayu selain berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Perlis.

Hadi juga menyatakan bahaya sekiranya masyarakat Melayu menghindar kepentingan mengundi.

“Kalau orang kita 68 peratus keluar mengundi dan 98 peratus bukan Islam keluar mengundi. Ini sangat bahaya jumlahnya sikit. Kalau kita tak keluar ia boleh (masyarakat lain) menguasai.

“Alhamdulillah dalam parlimen, ahli parlimen Islam bumiputera 160 sudah mencecah dua pertiga kerana berpecah. Sepatutnya boleh kuasai, tapi ini hal orang politik, tak nak bersatu.



“Contohnya di Perak, Pahang kita dapat kerusi besar bergabung dengan Umno boleh buat kerajaan.

“Tapi, orang Umno (fikir) kalau kerjasama dengan PAS, parti itu akan bunuh Umno. Padahal, PH yang bunuh Umno,” katanya.

Pada pilihan raya itu, Umno mengambil keputusan bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Pahang. Mk

Sentimen kaum dimainkan agar Melayu takut?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker