Buku bernilai RM9 juta milik Gopal Sri Ram diserah kepada UM

KUALA LUMPUR – Keluarga mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram telah menyumbangkan lebih 10,000 buku dan terbitan berkala termasuk penerbitan undang-undang nadir dari seluruh pelosok dunia bernilai kira-kira RM9 juta, milik bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu kepada perpustakaan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM).

Sri Ram merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, meninggal dunia pada 29 Januari lepas pada usia 79 tahun selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini akibat jangkitan paru-paru.

Pusat Komunikasi Korporat UM dalam kenyataan berkata koleksi yang dinamakan sebagai “Koleksi Peribadi Mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram” itu disumbangkan oleh Datin Seri Chandra Sri Ram kepada UM sebagai ingatan kepada Pustakawan dan Saintis Maklumat tersohor dunia, Dr S.R. Ranganathan, akan ditempatkan di perpustakaan undang-undang UM bagi memperingati hubungan mendiang Sri Ram dengan fakulti undang-undang universiti itu.

Dekan Undang-Undang UM, Prof Dr Jason Chuah berkata, pemberian itu penting kerana ia dibuat bagi mengenang datuk saudara Chandra, Ranganathan yang membangunkan sistem pengelasan perpustakaan iaitu pengelasan kolon.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker