Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail

#PRU15

Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail

Parti lawan tiada modal politik, justeru terpaksa mengitar tohmahan kononnya Ahmad Zahid Hamidi bakal diangkat perdana menteri sekiranya Barisan Nasional menang PRU15, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri sementara itu berkata musuh politik Barisan Nasional menggunakan taktik berkenaan untuk mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau satu-satunya pemimpin yang diisytiharkan calon PM oleh Umno dan BN.

Ismail yang juga naib presiden Umno, berkata tohmahan itu juga bertujuan memecahbelah kepimpinan Umno dan BN tetapi akhirnya mendedahkan pembangkang ketandusan isu.

“Mereka cuba menimbulkan kekeliruan (dalam kalangan pengundi) dan tentu juga mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah. Mereka nampak tak ada isu lain yang boleh mereka menggunakan. Hanya menggunakan isu PM ini,“ Ismail memberitahu FMT dalam temu bual eksklusif.

Beliau turut menyifatkan dakyah yang disebarkan itu sebagai cara tidak beretika untuk menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.

“Mereka (parti lawan) cuba menggambarkan (kemungkinan) saya tak menjadi PM (supaya) menurunkan sokongan kepada BN. Mereka mungkin takut saya (sebagai) calon PM. Saya anggap…ia boleh menjadi satu kekuatan untuk saya untuk menarik pengundi (kepada) BN,” tambah beliau.

Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sebelum ini mendakwa Zahid selaku presiden Umno dan pengerusi BN mengintai jawatan tertinggi negara meskipun Ismail diumumkan sebagai “poster boy” BN dan calon PM PRU15.

Pemimpin PH memberi amaran bahawa ‘satu undi kepada BN bersamaan satu undi untuk Zahid menjadi perdana menteri’ manakala pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, turut melontar dakwaan serupa.

Zahid tegas menafikan dakwaan itu namun ia terus diuar-uarkan pembangkang yang ghairah menjadikan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sasaran utama dalam kempen mereka, kerana kes mahkamahnya berkaitan penyelewengan dana.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera kesal cubaan pembangkang menidakkan keputusan di pelbagai peringkat dalam Umno dan BN berhubung calon perdana menteri.

“Keputusan untuk mencalonkan saya sebagai perdana menteri oleh BN telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi Umno, biro politik Umno, dan perhimpunan agung Umno. Malah, disambut oleh parti-parti komponen (BN),” katanya.

“Seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi Zahid, Mohamad Hasan (timbalan pengerusi), dan lain-lain, jelas kata saya satu-satunya calon perdana menteri (BN),” katanya.

Sejarah kegagalan PH-PN

Ismail berkata pembangkang juga menggunakan isu calon PM dalam cubaan terdesak menanam keraguan dalam kalangan pengundi terhadap kemampuan BN mewujudkan kestabilan – mesej utama gabungan itu dalam kempen pilihan rayanya.

Katanya, sejarah menunjukkan PH dan PN tidak mampu menghasilkan kerajaan stabil.

Ismail menambah BN jelas dengan apa yang ia mahu lakukan untuk memperkasakan negara sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan pada 19 Nov ini.

“Manifesto kita bukan sahaja menyentuh soal ekonomi tetapi transformasi institusi.”

Ismail menjadi perdana menteri pada Ogos 2021, dan memimpin kerajaan campuran yang disokong para wakil rakyat BN, Bersatu, PAS, GPS, GRS, dan parti kecil lain.

Pada PRU kali ini, beliau menghadapi saingan calon PH dan PN dalam mempertahankan Bera.

Pada PRU14, dia mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PH dan PAS. FMT

Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker