PRU-15 bukan pentas kempen pemilihan UMNO – Ahmad Maslan
PONTIAN: Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengingatkan kesemua calon parti itu agar tidak menjadikan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai pentas “berkempen” untuk pemilihan parti, yang akan diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum itu.
Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Pontian berkata semua calon Umno hendaklah menggunakan tempoh yang masih ada ini dengan berkempen habis-habisan untuk memenangi kerusi yang ditandingi mereka.
Beliau berkata Perhimpunan Agung Khas Umno pada Mei lepas memutuskan bahawa pemilihan parti adalah dalam tempoh enam bulan selepas PRU15 diadakan.
“Kita belum tentukan bila pemilihan (parti itu), yang pasti tidak lewat daripada 19 Mei 2023. Oleh kerana itu, saya harap pihak-pihak ini (calon-calon) berhenti berkempen untuk pemilihan Umno.
“(Yang penting) kita hendak menang pilihan raya (umum ini). Kita cuma ada lima hari saja lagi (tempoh berkempen). Lupakan perkara itu (pemilihan parti) buat sementara waktu, kemudianlah kita fikirkan mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas ramah mesra bersama masyarakat di Kampung Ayer Baloi, di sini hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai terdapatnya calon Umno yang seolah-olah menjadikan PRU15 sebagai medan kempen pemilihan parti.
Pada 29 Julai lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Umno bagi menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas PRU15 diadakan.
Ahmad, yang akan mempertahankan Parlimen Pontian bagi penggal keempat, menasihati calon-calon Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya mengadakan ‘pecutan’ pada hari-hari terakhir berkempen sebelum tengah malam Jumaat ini.
“Saya nak ingatkan semua (calon) tiada undi penentu. Kena anggap semuanya (tak kira kaum atau kategori) adalah undi penentu. Setiap undi penting,” katanya.
Ahmad akan berdepan dengan Isa Ab Hamid (PN-Bersatu), Shazwan Zdainal Abidin (PH-DAP) dan Jamaluddin Mohamad (GTA-Pejuang).
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
You must be logged in to post a comment.