Penceramah agama diserang dengan pisau dan botol arak

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai mabuk dan menyerang seorang penceramah agama di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, dekat sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Fariz Ammar Abdullah berkata dalam kejadian 7.55 malam itu, seorang warga tempatan berusia 38 tahun dipercayai di bawah pengaruh alkohol, meluru ke dalam surau dan menyerang penceramah tersebut.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang memberikan ceramah selepas solat maghrib di surau berkenaan. Lelaki tersebut menyerang menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak.



“Bagaimanapun, tindakan lelaki tu dapat ditahan jemaah masjid lain,” katanya dalam kenyataan.

Fariz berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan suspek di bawah pengaruh alkohol berlebihan dan tiada motif lain.

Katanya, siasatan juga mendapati lelaki terbabit ialah penganggur dan dikehendaki berkaitan kes dadah.

“Saringan air kencing lelaki itu adalah negatif dan dia direman empat hari sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api Berbahaya 1958.”



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)



Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker