BN berpeluang besar tawan Muar
#PRU15
BN berpeluang besar tawan Muar
Peluang Barisan Nasional (BN) untuk menembus empat kubu pembangkang di Johor iaitu Kulai, Tebrau, Labis dan Muar telah meningkat, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, penilaian itu dibuat antaranya berdasarkan “suasana pilihan raya” semasa yang amat berbeza dengan keadaan 2018.
Dalam suasana yang hangat dan berpihak kepada pembangkang pada 2018, PH berjaya menawan 18 kerusi Parlimen di Johor dan kejayaan di negeri itu juga membolehkan PH menguasai Persekutuan.
Beliau berkata, calon DAP di Kulai iaitu Teo Nie Ching sibuk berkempen di tempat lain sehingga jarang kelihatan di Kulai, satu keadaan yang memberi kelebihan kepada BN.
Katanya, calon BN di Labis iaitu Datuk Chua Tee Yong merupakan calon yang dikenali orang tempatan manakala calon di Tebrau iaitu Datuk Nicole Wong mempunyai imej yang positif.
Menurutnya, di Muar pula, calon BN juga mendapat sambutan yang baik daripada pengundi Melayu dan Cina di situ.
“Berdasarkan jumlah undi yang kami terima dalam pilihan raya negeri, UMNO mempunyai peluang yang besar untuk menawan Muar,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.
Calon BN, Mohd. Helmy Abd. Latif bertembung dengan calon popular yang juga penyandang kerusi, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar.
Mengulas populariti Syed Saddiq, Onn Hafiz berkata, orang yang kurang bercakap kadangkala boleh melakukan banyak benda berbanding “calon TikTok.”
“Yang pandai bercakap tidak semestinya pandai membuat kerja,” katanya. MG
BN berpeluang besar tawan Muar
Baca Artikel Menarik:
- BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]
- GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir
- Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]
- Hajiji bidas Muhyiddin, kami urus politik Sabah ikut cara ‘Sabah’
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]
Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang
Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.