Pengkhianatan PN terhadap GRS dan BN Sabah di Beluran dapat restu Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tampil mempertahankan tindakan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee mempertahankan kerusi Parlimen Beluran selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi laluan kepada calon BN.

Menurutnya GRS sepatutnya tidak mengorbankan kerusi milik Bersatu ketika berunding dengan BN.

“Kenapa anda (GRS) tidak mempertahankan Kiandee? Adakah ia adil? Itu jawapan saya.



“Itu calon saya dan dia naib presiden (Bersatu), dia penyandang. Dia tidak dapat watikat daripada GRS. Apa yang anda buat jika di posisi saya?

“Jadi saya beritahu Kiandee bahawa keputusan kami (PN) ialah dia boleh bertanding menggunakan tiket PN,” kata Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada sidang media selepas program ceramah umum PN di Pendang, malam tadi.

Terdahulu Ronald menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sekali gus menyebabkan pertembungan dengan calon BN, yang menjalin kerjasama dengan GRS dalam mentadbir Kerajaan Sabah, iaitu bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat.

Ronald berkata Bersatu masih parti komponen GRS di Sabah, namun di peringkat nasional, Bersatu dan dua parti komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) serta Parti Progresif Sabah (SAPP) adalah komponen PN.



Sementara itu Muhyiddin menegaskan mereka (PN) bahkan boleh sepatutnya boleh meletakkan calon di lima atau enam kerusi lagi di negeri itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Pada PRU 2018, Ronald, yang ketika itu daripada Umno mewakili BN menang dengan majoriti 7,115 undi, namun beliau bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu pada 2019.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker