Hampir-hampir jadi hero [VIDEO]

Hampir-hampir jadi hero . Dalam drama, mungkin ramai telah menyaksikan mengenai adegan hero menyambut heroin yang terjatuh, mungkin permulaan bibit cinta mereka.

Namun, realitinya perkara seperti itu mungkin juga ada. Seperti satu klip video yang kini tular di media sosial TikTok sejak semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Rohoxxxwehlop, kelihatan gadis itu ketinggalan di belakang kawan-kawannya semasa mereka menuruni Bukit Maras, Kuala Terengganu.

Namun, dia dilihat tidak dapat mengimbangi kakinya dan terus panik apabila tiba-tiba meluru laju ke bawah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi seorang pemuda berbaju biru yang kebetulan sedang hiking di situ bersedia menyambut gadis tersebut sekiranya dia gagal untuk mengawal kelajuan kakinya.

@rohoxxxwehlopSape tahu kat mana 😂

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Namun perkara itu tidak berlaku apabila gadis itu berjaya diselamatkan oleh salah seorang kawannya yang sempat mencapai tangannya terlebih dulu.

Susulan tularnya klip tersebut, rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat gadis dan pemuda itu yang tersipu-sipu malu apabila menyedari reaksinya dirakam.

“Aku ulang banyak kali tengok video ni supaya brader tu dapat sambut gadis yang nak jatuh tu. Ternyata hampa,” jelas Khairul Fahrisham.

“Alamak, jodoh dah dekat dah, tapi tak dapat sambut pula. Tolong la jatuh lagi sekali, sikit je lagi,” ujar Jo Izami.

Hampir-hampir jadi hero


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zizan Borong Baju Bundle Dan Sambal RM1,000 Dari Amar Asyraf

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker