BN sedia bincang kerjasama politik selepas keputusan PRU-15

KUALA LUMPUR: Sebarang bentuk kerjasama di antara Barisan Nasional (BN) bersama parti lain hanya akan ditentukan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bentuk kerjasama itu hanya terjadi sekiranya BN gagal memenangi majoriti mudah dalam PRU15.

“Jika 85 kerusi menang dan ini jelas kita tidak mampu membentuk kerajaan kerana ia memerlukan majoriti mudah 112 kerusi, jadi tentu saja kita akan bekerjasama dengan parti-parti lain.

“Sebagai contoh Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-BN dan apa-apa parti sekalipun akan ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas keputusan.

“Apa-apa pun kita tunggu keputusan dulu kemudian parti akan membuat keputusan (kerjasama),” katanya ketika ditemui pemberita di Angkasapuri, di sini, pada Rabu.

Beliau mengulas pandangan penganalisis politik, Azmi Hassan yang menjangkakan BN mampu meraih kemenangan 80 hingga 85 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 65 peratus pengundi Melayu.

Melihat kepada angka tersebut, Azmi berkata, ia masih tidak mencukupi untuk BN mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi.

Justeru, BN memerlukan sokongan parti-parti lain khususnya di Sabah dan Sarawak untuk menawan Putrajaya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker